Show latest blog entries
Persahabatan
(Monday, 05 July 2010) Written by farihah
Pernahkah persahabatan dengan teman dapat mengatasi masalah yang kita hadapi bersama? Mungkin tidak. Kerana persahabatan mahupun kehidupan hanya sementara. Persahabatan antara rakan atau keluarga tidak akan berpanjangan kerana kehidupan kita tidak tetap. Mungkin sahaja nyawaku ditarik dahulu, rakanku atau keluargaku tidak dapat membantuku. Namun Allah sahaja yang tahu waktu,arah dan tempat untuk aku menarik nafasku terakhir kalinya. Sahabatku hanya dapat melihatku dengan titisan air mata mereka dan tidak dapat  melafaskan apa yang tersembunyi di dalam sanubarinya. Keadaan akan menjadi sunyi dengan ketiadaan temannya yang sering mendengarkan rayuan, permasalahannya. Tidak pernah mereka terfikir bahawa Allah selalu mendengar rayuan dan melihat titisan air mata yang mengalir dengan penuh keresahan. Tidak pernah mereka ingat bahawa dengan doa kepada Allah dapat menenangkan mereka daripada segala masalah. Sahabat adalah hamba Allah dan kita semua dikurniakan ke bumi pada waktu, arah dan tempat yang berbeza dan kini juga apabila nyawa kita ditarik, waktu, arah dan tempat kita tidak mungkin sama. Sebenarnya, manusia yang dikurniakan ke bumi adalah sahabat kita. Bukan rakan seumur sahaja yang dapat menjadi sahabat karib kita tetapi orang tua serta budak yang kecil lagi juga boleh menjadi sahabat kita walaupun generasi kita berlainan. Kehidupan yang kita alami sangat rumit. Keadaan menjadi kacau apabila terdapat ramai yang berubah nasib mereka dengan melupa diri akan siapa diri mereka yang sebenarnya. Namun kini, Allah memberi ujian kepada seluruh umat manusia untuk pandai memikir apa yang baik mahupun yang buruk untuk diri mereka. Orang yang berubah kerana bisikan syaitan, maka nasibnya berubah kerana tidak dapat mereka mengawal perangainya. Kita tidak akan selamanya bersama dengan rakan yang kita kenal lama kerana apabila satu2 ditarik nyawa kita tidak tahu kemana arah yang ditujui. Insyallah kita diterima untuk menuju ke syurga. Amin.
[ Back ]
Peluang
(Monday, 05 July 2010) Written by farihah
 Peluang adalah satu kata pepatah yang sukar untuk disampaikan oleh manusia. Adakah kami manusia tahu apa itu peluang? dan bagaimana untuk mencarinya? Kini, pernah tidak anda fikir jika telah melakukan kesalahan terhadap teman atau keluarga yang sering berada di samping kita apabila kita dalam kesukaran, tidak pernah mereka memaafkan kesilapan kita? Mungkin ia dan mungkin juga tidak. Manusia ada kelemahan, kekuatan, kelembutan dan juga kekerasan. Mungkin sahaja ada yang takut untuk memaafkan kerana tidak ingin disakiti atau dipermainkan lagi. Mungkin, ada yang berhati mulia untuk menerima maafnya kerana memikir bahawa seseorang itu akan berubah. Ada juga manusia yang dengki terhadap temannya itu dan melakukan perbuatan yang ditegah kerana berasa dendam terhadap sesiapa yang menyakitinya. Tetapi jika tidak memaafkan maka akan mengakibatkan keburukan terhadap diri mereka. Jika anda menyedari, apabila kita menarik nafas yang terakhir, kita sudah tidak bisa berkata apa2 kerana kita tidak dapat mengubah nasib kita. Peluang yang kita dapat adalah pertama kali kita jejakkan kaki ke dalam dunia. Maka peluang yang kita dapat janganlah disia-siakan ataupun menunggu lama untuk berfikir. Saya sangat mencintai keluarga serta rakan-rakan saya. Mungkin saya lalai ataupun mungkin saya segan untuk mengeluarkan kata maaf tetapi kini saya sedar bahawa kita hanya mempunyai kehidupan sekali sahaja untuk melanjutkan perjalanan ini dan menyelesaikan dengan tidak mempunyai masalah pada akhirnya. Namun, kita harus bersedia menghadapi semua kesulitan dengan berasa bangga kerana itu adalah jalan yang terbaik untuk melaksanakan peluang yang diberikan kepada kita. Seperti bak kata pepatah: Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Laksanakan lah sesuatu dengan hati yang suci sebelum terlambat.
[ Back ]


More...
Happiness
Life
Thank You Mother!
Alhamdulillah!
ESQ ReFresher Course
Salam Sejahtera!
CAT STEVEN - HOW I CAME TO ISLAM

Show all blog entries

ESQ Singapore Events

There are no upcoming events currently scheduled.
View Full Calendar


Alumni Online

None